Rabu, 16 Mei 2012

Selamat Hari Guru buat warga panitia


SELAMAT HARI GURU ..... kepada semua warga pendidik yang berada di SK Santan.

Juga ucapan SELAMAT HARI GURU kepada mereka yang pernah mencurahkan jasa mendidik anak-anak murid di SK Santan ini.

Saya .... Ust. Mohamad Sofi ... selaku ketua Panitia Pendidikan Islam & j-QAF, SK Santan, ingin mengucapkan SELAMAT HARI GURU buat warga guru pendidikan Islam khususnya.

Jasa anda mendidik dan bertungkus lumus menaikkan martabat panitia ... amat dikenang oleh ketua mu ini.

Kepada Ustazah Salmiah .... terima kasih kerna hari Jumaat amat berseri dengan makanannya. Orang lama dan banyak pengalaman. Moga Allah swt martabatkan ustazah menjadi PK .....insyaallah

..Buat Ustazah Faridah dan Ustazah Mariani .... kalian lah pejuang-pejuang yang memartabatkan bahasa Al-Quran di sekolah. Kepada Ustazah Fadhla ..... tiada yang serupa dengan mu ... rajin dan pantas dalam memimpin Kem Bestari Solat ke arah kejayaan matlamatnya. Begitu juga Ustazah Nawal .... hebat dan ada peluang untuk lead panitia ini nanti.

Tak lupa juga buat insan yang rapat lagi terkenang .... pernah berjasa pada kita masa lalu .. tak lain dan tak bukan Ust Khidzrul Hafiz dan Ust Azmi serta Ustaz Dzahar .... pemergian antum dari SK Santan amat menggamit perancangan saya ....

Kini .... saya tidak lagi bersemangat seperti dahulu. Ingin rasanya di hati ini untuk meletak lepas tanggungjawab ini. Tanpa kalian .... tanpalah saya ini.

Selasa, 8 Mei 2012

Rahsia dan Hikmah Selawat Nabi


Setiap kali Hari Jumaat, bagi orang lelaki (guru, murid, ayah, tok ..) akan pergi ke masjid untuk solat Jumaat. Setiap kali itulah khatib tuan imam akan memperingatkan dalam khutbahnya suatu pesana Allah swt yang menyuruh manusia agar memperbanyakkan selawat ke atas nabi:

Firman Allah :


Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat (memberi rahmat) kepada Nabi s.a.w. (oleh kerana itu) wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu (meminta rahmat) untuk Nabi s.a.w dan ucapkanlah salam dengan penuh penghormatan terhadapnya.
 
(al-Ahzab 56)
 
Tapi .... kita sering lupa untuk berselawat atas nabi. Hanya dalam selat je berselawat. Tu pun kerana wajib sebab baca Tahiyyat Akhir.
 
Saya pernah suatu ketika dahulu disuruh oleh guru saya untuk mengamalkan selawat Nabi setiap hari 1000 kali. Alhamdulillah.... saya buat atas pesanan ayat Allah di atas 
 
Banyak rahsia yang terungkap dan banyak kelebihan yang saya dapati buat untuk diri saya ini yang Allah beri .... salah satunya ialah ..... berkat selawat saya boleh cemerlang dalam SPM tanpa study baca buku teruk-teruk. Sekadar buat latihan dan fikir balik apa yang cikgu ajar. Kelas tiusyen pun saya tak pergi sebab tak ada duit. Keluagra pula miskin

Al-hamdulillah ..... saya rasa saya lulus belajar kat universiti pun adalah berkat hikmah yang Allah turunkan bersama selawat ini.

Waktu itu, saya tidak ketahuipun apa lebihnya selawat ini. Bila masuk pengajian tinggi, dan ada peluang untuk pi buka kitab-kitab warisan ulama-ulama silam, baru saya dapat tahu yang amalan berselawat ke atas nabi adalah amalan ulama-ulama terdahulu dan mereka beroleh banyak kelebihan ilmu dan darjat dengan sebab berselawat

Patutlah Allah beri sebut dan pesan kepada umat Islam dalam Surah Ahzab ayat 56.

so .... bagi murid-murid SK Santan.... kalau anda sayang Allah dan RasulNya .... hendaklah kamu amalkan berselawat ke atas Nabi ....

Bertanyalah  kepada guru-guru pendidikan Islam kamu di sekolah tentang cara mengamalkan selawat dengan betul.

Kat bawah ini .... sedikit sebanyak kelebihan selawat bagi orang yang sentiasa berselawat yang di ambil dari kitab-kitab ulama :

  1. Satu kali berselawat Allah swt akan membalas dengan 10 kali selawat untuknya.
     
  2. Satu kali berselawat Allah swt akan mengangkatnya baginya (orang yang berselawat) dengan 10 kali darjat.
     
  3. Malaikat juga akan turut membaca selawat ke atas orang yang membaca selawat untuk Rasulullah saw.
     
  4. Doa yang disertai dengan selawat akan diperkenankan oleh Allah swt, akan tetapi doa yang tidak disertai dengan selawat ianya akan tergantung di antara langit dan juga bumi.
     
  5. Akan mendapat tempat yang dekat dengan Rasulullah saw di Hari Kiamat nanti (kepada mereka yang selalu berselawat kepada Nabi Muhammad saw).
     
  6. Akan mendapat Syafa'at daripada Rasulullah saw di Hari Kiamat nanti.
     
  7. Allah swt akan menggandakan limpah kurnia dan juga rahmat-Nya kepada mereka yang berselawat untuk Nabi Muhammad saw.
     
  8. Selawat dapat membersihkan hati, jiwa dan roh yang kotor yang berselaput di dalam dada.
     
  9. Selawat dapat membuktikan kecintaan dan juga rasa kasih sayang kita terhadap Rasulullah saw.
     
  10. Selawat dapat mewariskan kecintaan Rasulullah saw terhadap umatnya.
     
  11. Selawat dapat dijadikan sebagai penyelamat dan juga dapat memelihara daripada segala apa juga yang dapat mendukacitakan dari hal keduniaan mahupun akhirat.
     
  12. Dengan membawa selawat akan dapat mengingatkan kembali apa-apa yang telah kita lupa.
     
  13. Orang yang selalu berselawat akan mendapat nur (cahaya) yang bersinar di dalam hati dan ianya akan berlaku bilamana kita berselawat 100 kali dengan cara selawat yang bersungguh-sungguh dan juga ikhlas.
     
  14. Mendapat ganjaran pahala seperti memerdekakan seorang hamba bilamana kita berselawat sebanyak 10 kali.
     
  15. Allah swt akan meluaskan dan juga melapangkan rezekinya dan juga sumber-sumber rezeki yang lainnya yang tiada kita ketahui.
     
  16. Allah swt akan memberatkan timbangan amalnya pada neraca timbangan di Hari Kiamat nanti.
     
  17. Mendapat keberkatan dari Allah swt bagi dirinya dan juga untuk kaum kerabat dan juga keluargannya.
     
  18. Keistimewaan berselawat dapat mendatangkan rasa kasih sayang dari hati-hati orang-orang mukmin lainnya terhadapnya.
     
  19. Selawat akan dapat mendekatkan dirinya dengan 'Telaga Haudh' iaitu telaga Rasulullah saw serta akan dapat pula meminumnya di Hari Kiamat kelak.
     
  20. Selawat dapat melepaskan diri seseoang itu daripada tergelincir semasa melalui titian sirat dan ia dengan selamat akan dapat menuju ke syurga

Dr Jawi Online



 Anda lemah JAWI ?? Ingin kelas jawi tiusyen di rumah?

Berita baik bagi murid-murid SK Santan ... panitia Pendidikan Islam & j-QAF SK Santanada menyediakan pembelajaran jawi secara ONLINE.

Anda hanya perlu ada internet di rumah.

Selebihnya, ikut aktiviti sebagaimana yang di beri.

Berminat   ..... Sila datang dan berjumpa Ust. Sofi.


GURU j-QAF TIDAK CUKUP 11000 LAGI

Sila baca di sini :

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0507&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_13.htm

BATU PAHAT 6 Mei - Pelaksanaan pengajaran Jawi, al-Quran, Arab dan Fardu Ain (J-Qaf) di sekolah menengah di seluruh negara yang dijadualkan bermula tahun depan terpaksa ditangguhkan kerana masalah kekurangan guru dalam bidang berkenaan.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, masalah sama berlaku di peringkat sekolah kebangsaan apabila kementerian kekurangan kira-kira 11,000 guru J-Qaf.

"Kita perlu menyelesaikan dahulu kekurangan guru J-Qaf di sekolah kebangsaan yang menjadi keperluan mendesak sebelum melaksanakannya di sekolah menengah.

"Terdapat beberapa cadangan untuk meningkatkan jumlah guru itu dan ia akan dibincangkan pada mesyuarat pasca Kabinet Kementerian Pelajaran minggu depan bagi mendapatkan penyelesaian," katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Mesyuarat Agung dan Penyampaian Anugerah Pelajar Cemerlang Sekolah Agama Kampung Sungai Suloh, Senggarang, hari ini.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran pada Disember lalu mengumumkan pelaksanaan program perintis J-Qaf di sekolah menengah mulai pertengahan tahun ini dan pelaksanaan sepenuhnya pada 2013 di sekolah menengah seluruh negara.

Mohd. Puad yang juga Ahli Parlimen Batu Pahat berkata, antara cadangan kementerian bagi meningkatkan jumlah guru J-Qaf adalah dengan melatih lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang mempunyai latar belakang pendidikan agama di Institut Pendidikan Guru (IPG).

Beliau berkata, kerajaan sememangnya ada mengambil guru lepasan ijazah dari Asia Barat untuk berkhidmat sebagai guru J-Qaf di negara ini, namun, jumlah itu belum mencukupi bagi menampung keperluan ketika ini.

Mohd. Puad berkata, Kementerian Pelajaran juga merancang mewujudkan jawatan Guru Penolong Kanan Pendidikan Islam di sekolah kebangsaan dan sekolah menengah kebangsaan bagi memantau dan memperkukuhkan subjek Pendidikan Islam. Menurutnya, perkara itu turut disuarakan Kesatuan Guru-guru Agama Kebangsaan semasa Konvensyen Pendidikan Islam peringkat kebangsaan tahun lalu dan mungkin terlebih dahulu dilaksanakan di sekolah yang mempunyai Kelas Aliran Agama.

Bagaimanapun, katanya, cadangan tersebut perlu mendapat kelulusan Jabatan Perkhidmatan Awam dan mengambil kira faktor kewangan sebelum dapat dilaksanakan.

Tak cukup 11 ribu banyak beb  .... kalau campur graduan dalam dan luar negeri ....... masih belum cukup keperluan. 
Bersyukurlah bilamana Allah swt menaikkan darjat jurusan agama ni ... dulu waktu sedang belajar di U, banyak kengkawan yang kata rugi kalau amik bidang agama .... tak dak masa depan. Di sekolah SMKA pun ada cikgu kata aliran kamu ni tak ada masa depan. Kena amik bidang sains kalau nak ada harapan ....

Semoga yang nak masuk ke bidang j-QAF ni .... harap-harap yang datang ialah yang lagi berkualiti, lagi tahan cabaran serta lagi mampu berinovasi dan kreatif.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...