"Didiklah anak-anak kamu (memahami agama) kerana mereka akan hidup bukan di zaman kamu" (al-Khattab)
Memaparkan catatan dengan label Ucapan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ucapan. Papar semua catatan
Isnin, 29 Ogos 2011
Rabu, 3 Ogos 2011
رَمَضــَــان كـــــــريــمْ
SEMOGA RAMADHAN KALI INI DAPAT MEMPERBAIKI KEKURANGAN IBADAH PADA RAMADHAN YANG LALU
SEMOGA RAMADHAN KALI INI BUKANLAH YANG TERAKHIR BUAT KITA SEMUA.
أهلا و سهلا ومرحبا بك يا رمضـان
تـقـبل الله منّا و منكم صـالح الأعـمال
Khamis, 11 November 2010
Tahniah 5A..!
Khamis, 11 November: Semua yang hadir ke sekolah kelmarin, tertunggu-tunggu untuk satu kepastian. Iaitu keputusan UPSR 2010. Semuanya ternanti-nanti kepulangan Tn. Guru Besar En.Shahril Ridzwan Wan Bin Abdullah dari Jabatan Pelajaran Negeri Perlis (JPNPs). Setelah keputusan dikeluarkan, kami difahamkan SK Santan hanya 5 orang murid yang mendapat keputusan 5A daripada 62 orang murid, sekalipun yang menjadi sasaran sekolah adalah 13 orang murid.
Namun berdasarkan 'sembang-sembang' guru subjek yang mengajar tahun 6, sebenarnya tahun ini, yang (diyakini) mampu mendapat 5A sememangnya 5 orang murid sahaja. Fakta ini berdasarkan ujian-ujian yang mereka lalui sebelum ini, termasuklah ujian percubaan UPSR. Angka 13 adalah angka untuk menggalakan semangat murid-murid yang (pertengahan) berpotensi untuk membuat lonjakan pada UPSR tahun ini.
Apapun, warga Panitia Agama Islam SK Santan mengambil kesempatan dan ruang yang ada ini untuk mengucapkan tahniah kepada semua murid tahun 6 di atas keputusan yang mereka perolehi. "Alfu Mabruk" khusus buat yang mendapat keputusan 5A. "Alfu Mabruk" juga buat semua murid yang tidak mendapat keputusan 5A. "Ini kerana kalian sudah berusaha, dan inilah keputusan yang terbaik (dengan izin Allah) buat kamu. Sebagai muslim kita dituntut untuk berusaha, bukan dituntut untuk menentukan sesuatu kejayaan, kerana 'Kejayaan' adalah anugerah (milik) Allah swt untuk hamba yang dikehendaki-NYA".
Buat warga guru terutamanya guru tahun 6, "janganlah merasa sedih dan berduka, semua guru telah menunjukan komitmen yang terbaik begitu juga pihak pentadbir dan PIBG sekolah yang tidak henti-henti memikirkan yang terbaik untuk murid tahun 6, segala ketentuan ini hendaklah kita terima dan kita telan dengan hati yang redho".
Berikut senarai murid yang beroleh keputusan cemerlang 5A UPSR 2010:
- Ahmad Wafiy Bin Ahmad Kamel
- Muhammad Amin Bin Ahmad Kamal
- Nasrun Haziq Bin Hussin
- Nisa Amanina Binti Muhammad Faudzi
- Nur Faza Zinnirah Binti Fadzil
'Kita merancang, Allah juga merancang. Pastinya perangcangan Allah itu lebih baik'
*Gambar-gambar ini di ambil dari blogger SKS Pn.Intan Dzulhailah di blognya.
Selasa, 21 September 2010
Selamat menempuh UPSR 2010
Selasa; 21 September, sekolah-sekolah rendah seluruh negara bergelut dengan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR). Mungkin ini ujian terakhir bagi sejarah pendidikan di Malaysia. Namun keputusan akhir masih menjadi tanda tanya sekalipun perbincangan demi perbincangan sudah berlaku.
Apapun keputusan yang bakal dicapai tidak penting lagi detik ini. Detik ini adalah detik warga sekolah dan juga para ibubapa menumpukan sepenuh perhatian kepada keputusan yang bakal dicapai oleh 'kohot akhir' (mungkin) menggapai keputusan terbaik.
Sekolah Kebangsaan Santan (SKS) juga tidak terlepas dari bahang UPSR ini. Seramai 62 calon menduduki UPSR kali ini. Sasaran 5A yang cuba dicapai pada tahun ini seramai 13 murid. Walaupun sasaran ini agak besar, namun segala usaha yang ditunjukkan semua pihak insyaallah angka 13 bukanlah suatu yang mustahil untuk dicapai dan dipatri sebagai sejarah sekolah. 'Kita hanya merancang, Allah yang menentukan'.
Walaupun ramai guru-guru agama SKS terlibat sebagai Pengawas Peperiksaan UPSR, namun perasaan 'cemas dan harap' tetap berpaut pada sanubari guru-guru. Kesempatan yang ada ini, warga Panitia Agama SKS ingin merakamkan ucapan 'Selamat Berjaya' menempuh UPSR 2010.
'Doa kami panjatkan semoga kalian sentiasa dirahmati Allah dan berjaya memperoleh 5A serta menjadi insan yang kasih pada ibubapanya dan berguna pada agama, bangsa dan negara'
'Santan Boleh'
Selasa, 7 September 2010
Selamat Hari Raya Aidil Fitri buat semua..!
Buat warga SK Santan serta para pengunjung blog Panitia Agama SK Santan, kami warga panitia mengucapkan jutaan kemaafan andai selama ini ada perkara atau tingkah laku yang menyentuh perasaan warga sekolah kami menyusun sepuluh jari memohon jutaan kemaafan. Buat murid-murid yang disayangi, "jangan terlalu asyik bersuka-ria sehingga solat lima waktu terabai. Ingatlah Allah dimana saja kita berada. Khusus murid-murid tahun 6 yang akan menduduki UPSR, jadikan buku teman kalian, ulangkaji jangan jemu kerana kejayaan sedang menanti kalian semua, apa yang penting adalah KESUNGGUHAN & TAWAKKAL pada Allah, banyakkan berdoa dan mengadu dengan-NYA, pasti hajat kalian dimaqbulkan-NYA... ustaz dan ustazah sentiasa mendoakan kejayaan kalian di dunia dan di akhirat".
Kesempatan ini juga kami mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN. SEMOGA AMALAN KITA PADA TAHUN INI DINILAI SEBAGAI HASANAH (KEBAIKAN) INSYAALLAH.
Tulus Ikhlas Daripada:
Ustazah Fhadla Ismail (Ketua Panitia)
Ustaz Mohd Dzahar Ahmad (SU Panitia)
Ustaz Azmi Abdullah (AJK)
Ustaz Mohd Sofi Bakar@Man (AJK)
Ustaz Mohd Khidzrul Hafiz Mohd Hussin (AJK)
Ustazah Nawal Faizah Ishak (AJK)
Ustazah Faridah Abdullah (AJK)
Tulus Ikhlas Daripada:
Ustazah Fhadla Ismail (Ketua Panitia)
Ustaz Mohd Dzahar Ahmad (SU Panitia)
Ustaz Azmi Abdullah (AJK)
Ustaz Mohd Sofi Bakar@Man (AJK)
Ustaz Mohd Khidzrul Hafiz Mohd Hussin (AJK)
Ustazah Nawal Faizah Ishak (AJK)
Ustazah Faridah Abdullah (AJK)
Langgan:
Catatan (Atom)


