Teknik-teknik pembelajaran yang baik merupakan satu kaedah dalam usaha kita menghadapi pelajaran yang terbaik sebagai langkah untuk memperolehi kejayaan yang cemerlang di dalam bidang pembelajaran. Pelajar perlu memahami bahawa tidak ada satu ‘formula’ yang mesti dan tepat bagi merumuskan satu kaedah yang paling baik untuk menghadapi pelajaran melainkan ia banyak bergantung kepada diri pelajar itu sendiri.
1. KAEDAH PERMAINAN DAN NYANYIAN
Permainan adalah satu kaedah pengajaran yang akan dapat mengembangkan
daya kreativiti dan memupuk minat terhadap Jawi. Penggunaan
aktiviti permainan sebagai kaedah pengajaran dan pembelajaran
dalam dan luar bilik darjah adalah berlandaskan prinsip ‘ bermain
sambil belajar ‘.
Tidak dinafikan, pengajaran pemulihan jawi
akan menjadi lebih berkesan sekiranya dilaksanakan dengan
inovasi pembelajaran yang menggunakan kaedah permainan. Inovasi ini
memberi suntikan semangat untuk pelajar-pelajar mempelajari jawi dengan
lebih intensif dan menarik.
Contoh Pelaksanaan di dalam kelas:
Tahun | 1 Kreatif & 1 Inovatif |
Bilangan Murid | 25 orang |
Masa | 60 minit |
tajuk | Membaca dan menulis suku kata terbuka daripada huruf ba dan ta |
Objektif | I. Murid boleh membaca suku kata terbuka daripada hurufl ba dan taII. Murid boleh menulis huruf konsonan ba dan ta yang disambung dengan huruf vokal alif, wa dan ya |
Strategi | Dari mudah kepada susah |
Cadangan aktiviti | Langkah
11.1 Guru memperkenalkan huruf dan bentuk-bentuk huruf(a)
Menggunakan ‘mounting board’ (kad imbasan)(b) Membentuk huruf
ba dan ta dengan menggunakan plastesin1.2 Menyebut huruf secara
latih tubi, individu, jantina dan kumpulan1.3 Guru
memperkenalkan huruf vokal alif, wau dan ya 1.4 Latih tubi
membaca suku kataLangkah 2Membina dan menulis perkataan daripada suku
kata yang telah dipelajari. Guru juga boleh menggunakan teknik2.1
Tunjuk cara- teknik yang digunakan oleh guru sewaktu
menjalankan pengajaran yang memerlukan pelajar menguasai
sesuatu kemahiran terlebih dahulusebelum aktiviti sebenar
dijalankanContoh: وبوب = وب+ وبوبا = وب+ اوتاب = وت + اب 2.1 Sumbangsaran-guru meminta murid merekacipta perkataan daripada suku kata yang telah dipelajariII.2Penyelesaian masalah- guru menyediakan beberapa perkataan baru di dalam tulisan rumi. Pelajar dikehendaki membuat aplikasi berdasarkan kemahiran yang telah dipelajari tadi.Langkah 3Bermain permainan pancing ikan.Alatan: Objek ikan dikerat duaBatang pancingKad suku kataPersediaanObjek ikan diperbuat daripada polistrin atau kad manilaLetakkan magnet pada ikan dan tali pancing Cara permainan: •Permainan dijalankan secara berkumpulan •Pelajar dikehendaki mencantumkan kepala dan ekor ikan bagi membentuk perkataan •Kumpulan yang berjaya memancing dan menyusun suku kata menjadi perkataan dengan pantas dikira sebagai pemenang. |
Menyanyi lagu vokal dan suku kata berdasarkan suku kata yang dipelajari.
KEKUATAN
Murid
tidak merasa bosan atau jemuPenglibatan daripada semua murid.Melatih
murid berinteraksi dengan bebas sesama mereka.Guru dapat mengenal
dengan mudah kemampuan/kelemahan mereka.Guru tidak membelakangkan
murid semasa proses P & P berjalan.
KELEMAHAN
Murid
yang cergas sahaja dapat menerima pengajaran guru.Sedikit membebankan
guru menyediakan BBM. Tidak semua tajuk mata pelajaran dapat
digunakan dalam kaedah ini.Memerlukan peruntukan kewangan
2.KAEDAH PANDANG SEBUT
KEKUATAN
Mendapat
bimbingan secara langsung daripada guru.
Semua murid terlibat.Murid
berani mencuba.
Keyakinan diri pelajar semakin bertambah.
Mengasah
potensi di kalangan murid-murid.
Menambah minat membaca
Al-Quran.Melahirkan kepimpinan murid
KELEMAHAN
Memerlukan guru yang mahir dalam kaedah ini.
Perancangan dan persediaan yang teliti.
Murid yang lemah rasa rendah diri.
3.KAEDAH LATIH TUBI
Teknik
latih tubi adalah aktiviti pengulangan fakta-fakta atau kecekapan yang
dipelajari. Teknik ini dikenali juga dengan teknik menghafaz.
KEKUATAN
Mencapai
taraf penguasaan kemahiran di samping menjamin kekekalannya. ayat
atau mengingat fakta-fakta penting. Mendapat bimbingan secara langsung
daripada guru.Keyakinan diri murid bertambah.Mengasah potensi
murid-murid.Melahirkan sifat kepimpinan di kalangan
murid-murid.Penglibatan semua murid.Melahirkan sikap berani mencuba
di kalangan murid-murid.Menambah minat
KELEMAHAN
Menghadkan
kebebasan berfikir muridMurid tidak dapat menghasilkan kretiviti
sendiriMemerlukan guru yang mahir dalam menjalankan kaedah ini
semasa mengajar Sebelum pengajaran dijalankan guru seharusnya
membuat perancangan dan persediaan yang teliti.
4. KAEDAH IMLAK
Imlak
(dictate) bermaksud pembacaan dengan suara yang lantang sesuatu
sumber (perkataan, frasa, ayat) untuk ditulis oleh orang
lain.Pengimlakan melibatkan dua kemahiran berbahasa iaitu kemahiran
mendengar dan kemahiran menulis secara mekanis. Menulis secara mekanis
dalam imlak ialah menyalin unit bahasa sama ada huruf, suku kata,
perkataan, ayat atau wacana.
KEKUATAN
Murid
dapat menggunakan kemahiran mendengar dengan jelas.Penglibatan
daripada semua murid.Mengukuhkan ejaan.Melatih pendengaran pada
sebutan intonasi perkataan dan ayat.Membantu murid dalam bentuk
membuat nota-nota ringkas.Guru tidak membelakangkan murid semasa
proses P & P berjalan.
KELEMAHAN
Memerlukan
guru yang mahir dalam kaedah ini.Perancangan dan persediaan yang
teliti.Murid yang mempunyai masalah pendengaran tidak dapat
mengikuti dengan baik.5.Murid dapat menggunakan kemahiran mendengar
dengan jelas.Penglibatan daripada semua murid.Murid yang cerdas
sahaja dapat menerima pengajaran guru.Murid yang mempunyai masalah
pendengaran akan ketinggalanMurid yang lemah cepat bosan dan mula buat
aktiviti sendiri.
5.KAEDAH MENGEJA
KEKUATAN
Murid dapat menggunakan kemahiran mendengar dengan jelas.Penglibatan daripada semua murid.
KELEMAHAN
Murid
yang cerdas sahaja dapat menerima pengajaran guru.Murid yang
mempunyai masalah pendengaran akan ketinggalanMurid yang lemah cepat
bosan dan mula buat aktiviti sendiri.
6.KAEDAH KEFAHAMAN
KEKUATAN
Mendapat
bimbingan secara langsung daripada guru.Keyakinan diri murid
bertambah.Mengasah potensi murid-murid.Melahirkan sifat kepimpinan di
kalangan murid-murid.Penglibatan semua murid.Melahirkan sikap berani
mencuba di kalangan murid-murid.
KELEMAHAN
Memerlukan
guru yang mahir dalam menjalankan kaedah ini semasa mengajar
Jawi ini.Sebelum pengajaran dijalankan guru seharusnya membuat
perancangan dan persediaan yang teliti.Murid yang lemah rasa rendah
diri.
7.KAEDAH HURUF
KEKUATAN
Mendapat
bimbingan secara langsung daripada guru.Semua murid terlibat.Murid
berani mencuba.Keyakinan diri pelajar semakin bertambah.Mengasah
potensi di kalangan murid-murid.
KELEMAHAN
Memerlukan guru yang mahir dalam kaedah ini.Perancangan dan persediaan yang teliti.Murid yang lemah rasa rendah diri.
8.KAEDAH PENGAYAAN
Pengayaan
adalah sejenis aktiviti pembelajaran yang menarik dan mencabar
untuk memberi peluang kepada murid-murid meningkatkan pencapaian
mereka. Biasanya aktiviti ini diberikan kepada murid yang telah berjaya
menguasai satu atau beberapa kemahiran asas tertentu.
KEKUATAN
Pengayaan
adalah sejenis aktiviti pembelajaran yang menarik dan mencabar
untuk memberi peluang kepada murid-murid meningkatkan pencapaian
mereka. Biasanya aktiviti ini diberikan kepada murid yang telah berjaya
menguasai satu atau beberapa kemahiran asas tertentu.
KELEMAHAN
Murid
yang cerdas sahaja dapat menerima pengajaran guru.Murid cepat
bosan kerana banyak aktiviti yang terpaksa mereka buat.
Sumber :
Semoga guru pemulihan jawi di SK Santan dapat memanfaatkan pandangan ini. Insyaallah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan