Selasa, 8 Mei 2012

GURU j-QAF TIDAK CUKUP 11000 LAGI

Sila baca di sini :

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0507&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_13.htm

BATU PAHAT 6 Mei - Pelaksanaan pengajaran Jawi, al-Quran, Arab dan Fardu Ain (J-Qaf) di sekolah menengah di seluruh negara yang dijadualkan bermula tahun depan terpaksa ditangguhkan kerana masalah kekurangan guru dalam bidang berkenaan.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, masalah sama berlaku di peringkat sekolah kebangsaan apabila kementerian kekurangan kira-kira 11,000 guru J-Qaf.

"Kita perlu menyelesaikan dahulu kekurangan guru J-Qaf di sekolah kebangsaan yang menjadi keperluan mendesak sebelum melaksanakannya di sekolah menengah.

"Terdapat beberapa cadangan untuk meningkatkan jumlah guru itu dan ia akan dibincangkan pada mesyuarat pasca Kabinet Kementerian Pelajaran minggu depan bagi mendapatkan penyelesaian," katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Mesyuarat Agung dan Penyampaian Anugerah Pelajar Cemerlang Sekolah Agama Kampung Sungai Suloh, Senggarang, hari ini.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran pada Disember lalu mengumumkan pelaksanaan program perintis J-Qaf di sekolah menengah mulai pertengahan tahun ini dan pelaksanaan sepenuhnya pada 2013 di sekolah menengah seluruh negara.

Mohd. Puad yang juga Ahli Parlimen Batu Pahat berkata, antara cadangan kementerian bagi meningkatkan jumlah guru J-Qaf adalah dengan melatih lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang mempunyai latar belakang pendidikan agama di Institut Pendidikan Guru (IPG).

Beliau berkata, kerajaan sememangnya ada mengambil guru lepasan ijazah dari Asia Barat untuk berkhidmat sebagai guru J-Qaf di negara ini, namun, jumlah itu belum mencukupi bagi menampung keperluan ketika ini.

Mohd. Puad berkata, Kementerian Pelajaran juga merancang mewujudkan jawatan Guru Penolong Kanan Pendidikan Islam di sekolah kebangsaan dan sekolah menengah kebangsaan bagi memantau dan memperkukuhkan subjek Pendidikan Islam. Menurutnya, perkara itu turut disuarakan Kesatuan Guru-guru Agama Kebangsaan semasa Konvensyen Pendidikan Islam peringkat kebangsaan tahun lalu dan mungkin terlebih dahulu dilaksanakan di sekolah yang mempunyai Kelas Aliran Agama.

Bagaimanapun, katanya, cadangan tersebut perlu mendapat kelulusan Jabatan Perkhidmatan Awam dan mengambil kira faktor kewangan sebelum dapat dilaksanakan.

Tak cukup 11 ribu banyak beb  .... kalau campur graduan dalam dan luar negeri ....... masih belum cukup keperluan. 
Bersyukurlah bilamana Allah swt menaikkan darjat jurusan agama ni ... dulu waktu sedang belajar di U, banyak kengkawan yang kata rugi kalau amik bidang agama .... tak dak masa depan. Di sekolah SMKA pun ada cikgu kata aliran kamu ni tak ada masa depan. Kena amik bidang sains kalau nak ada harapan ....

Semoga yang nak masuk ke bidang j-QAF ni .... harap-harap yang datang ialah yang lagi berkualiti, lagi tahan cabaran serta lagi mampu berinovasi dan kreatif.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...